UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :book_section
Subject :L Education (General)
Main Author :Hashim Mohmadisa,
Title :Kecenderungan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memilih minor Geografi (IR)
Place of Production :Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2007
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Pendidikan geografi pada peringkat sekolah menengah terutamanya pada peringkat menengah atas semakin dipinggirkan dalam arus pendidikan negara pada masa kini. Pendidikan geografi dianggap tidak relevan dan tidak memberi sebarang manfaat terhadap pembangunan peribadi dan sahsiah seorang pelajar. Namun, usaha-usaha untuk memartabatkan pendidikan geografi telah banyak dilakukan oleh institusi pengajian tinggi tempatan melalui diskusi, bengkel, seminar dan sebagainya. UPSI sebagai sebuah universiti pendidikan cuba meletakkan pendidikan geografi seiring dengan bidang-bidang ilmu yang lain dan masih mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan untuk mengenai pasti latar belakang pendidikan dan minat pelajar UPSI memilih minor geografi sama ada dalam kalangan mereka yang telah ditentukan dan tidak ditentukan pemilihan program minornya. Hasil kajian menunjukkan pelajar yang minor pendidikan geografi bukan sahaja daripada pelajar yang telah ditentukan boleh minor pendidikan geografi tetapi terdapat juga pelajar yang telah ditentukan tidak boleh minor geografi. Ini menunjukkan minat mereka untuk mempelajari disiplin geografi. Selain itu, kajian juga mendapati pelajar yang tidak minor pendidikan geografi juga beranggapan bidang geografi merupakan satu bidang yang penting dan masih diperlukan dalam arus pendidikan negara masa kini. Diharapkan mereka yang membuat pilihan minor dalam pendidikan geografi dapat membantu meningkatkan lagi pendidikan geografi di sekolah dan mampu meletakkan mata pelajaran geografi sebagai mata pelajaran pilihan utama pelajar di sekolah kelak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)